Monday, March 10, 2014

The Most Anticipated Movies of 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita beramai-ramai berdoa kepada penumpang dan anak-anak kapal flight MH370. Semoga usaha pencarian mereka berjalan dengan lancar. Doa dan ingatan juga bersama keluarga dan sahabat mereka.



Entri kali ni aku nak share dengan korang, movie-movie pada tahun ni yang aku rasa tak sabaq nak tengok! Kan aku dah habaq, aku memang kaki movie wehh heheh :-D Sama lah dengan isteri aku, kami sama-sama memang gilakan movie. Kalau pergi Mid Valley, wajib tengok wayang! xD

Bagi aku, tahun ni agak banyak cerita yang best-best akan kuar. Sebab aku minat cerita sci-fi dan action kan, so banyak lak cerita genre tu kuar tahun ni, memang terbaik la cerita dia! Tapi, masing-masing ada pandangan masing-masing, betul? Jadi, tak semestinya semua cerita yang aku suka, korang pun suka, kan. Aku cuma bagi pendapat aku je tau ^_^

Aku akan bagi Top 10 list movie yang dinanti-nantikan yeh? Kalau bagi Top 100 nanti lebam lak mata korang nak baca entri aku ni!




10. 22 Jump Street





Cerita ni sequel dari 21 Jump Street (2012) yang juga merupakan remake dari TV Series yang ditayang dari tahun 1987 hingga 1991. Cerita 21 Jump Street tu serious kelakar gila! Cerita pasal Morton Schmidt (Jonah Hill) yang selalu dibuli oleh Greg Jenko (Channing Tatum) sama-sama join MCPD (Metropolitain City Police Department) dan diassignkan dalam satu mission untuk menyamar sebagai pelajar sekolah menengah. Aku tak sabar nak tau ape kisah dorang kat dalam sequel dia ni! Klik sini untuk trailer. Cerita ini akan ditayangkan pada 13 Jun nanti.



9. Teenage Mutant Ninja Turtles




Siapa tak ingat cerita Ninja Turtles ni dari zaman kanak-kanak dulu. Masa aku kecik dulu, memang benda ni macam aku punya Upin-Ipin lah! Walaupun aku tak berapa ingat jalan cerita dia, tapi bila tengok siri kartun dia kat Nickelodeon, ada la teringat skit-skit. Tapi yang aku paling sure, dorang ni Mutant (dah nama pun 'Teenage Mutant')! Michael Bay plak pandai-pandai nak ubah cerita buat dorang sebenarnya Alien! Duhh! Dah la dia rosakkan Transformers! Arrghhh! The good news for all the boys, ada Megan Fox! Woot woot! Dia akan bawak watak April O'Neil! Setakat ni, dorang tak keluarkan trailer lagi. Cerita ini akan ditayangkan pada 8 Ogos nanti.



8. How To Train Your Dragon 2



Siapa tak ingat si Toothless yang comel kat dalam cerita ni, angkat tangan!! Tampar laju-laju kang! Haha cerita ni sequel dari cerita How To Train Your Dragon (2010). Cerita yang first tu memang tak tipikal dan buat kite tak sabar nak tau ape yang akan berlaku sebab cerita dia agak unpredictable. Tambah lak dengan si naga comel bernama Toothless tu, adoii, geram lak aku tengok! Sebijik macam kucing aku! Tak sabar nak tengok cerita ni. Klik sini untuk trailer. Bakal ditayangkan kat wayang pada 13 Jun nanti.



7. Captain America : The Winter Soldier




Well, Captain America kot! Nak cakap ape lagi?? Haha aku memang peminat Marvel dari kecik lagi. Rasa kagum gila tengok character komik yang aku minat dihidupkan dalam cerita ni. Cerita ni sequel dari Captain America : The First Avenger (2011) dan installment Marvel Cinematic Universe (MCU) yang ke-sembilan. Kat dalam cerita ni juga, Captain America (Chris Evans) akan digandingkan dengan Black Widow (Scarlett Johansson) *woot woot!~ untuk berlawan dengan musuh yang main nyorok-nyorok kat Washington D.C. Klik sini untuk tengok trailer. Cerita ini akan ditayangkan pada 4 April nanti. *psstt... spoiler alert. Winter Soldier (musuh utama) tu kawan lama Captain America, Bucky! xD



6. The Amazing Spider-Man 2




Cerita ni sequel dari The Amazing Spider-Man (2012). Jalan cerita dia lain la dari version Sam Raimi yang Tobey Maguire berlakon tu, tapi Spiderman yang ni lagi serupa dengan kartun asal dia. Kurus dan lean, dengan suka pot pet buat lawak time berlawan. Kali ni, sut dia pun design iras-iras yang kartun punya! Style wehh! Musuh dia kali ni ada 3 orang, Electro, Green Goblin dengan Rhino. Tapi yang main antagonistnya Electro la. Klik sini untuk trailer. Cerita ini akan ditayangkan pada 2 Mei nanti.




5. Godzilla




Godzilla ni pada asalnya filem Jepun. First appearance dia adalah pada tahun 1954. Dia macam Ultraman gak la, dok musnahkan bangunan mainan hahaha xD Rupa asal dia pun dah macam raksasa Ultraman. Design Godzilla pada filemnya pada tahun 1998 kurang menarik dan nampak ke-Amerika-annnya. Tapi kali ni, rupa bentuk Godzilla iras-iras yang asal, dan dikatakan lagi ganas! Masa press release Legendary Pictures, dorang cakap "An epic rebirth to Toho’s iconic Godzilla, this spectacular adventure pits the world’s most famous monster against malevolent creatures who, bolstered by humanity’s scientific arrogance, threaten our very existence." Tak sabar wehhh! Cepat klik sini untuk trailer!! Filem ini akan ditayangkan pada 16 Mei nanti.



4. The Hunger Games : Mockingjay, Part 1




Cerita ni adalah last chapter dari The Hunger Games Trilogy, dan ada dua part laa -.-' ni part pertama. Macam Harry Potter la plak. Masa tengok The Hunger Games yang first, rasa macam takut, berdebar, dan macam-macam lagi, tapi tak rasa thrill lagi. Masuk yang kedua punya, Catching Fire, uisshhh rasa macam bengang lak dengan President Snow! Rasa macam aku lak nak memberontak haha xD So, rasa tak sabar nak tengok apa yang jadi kat Mockingjay. Walaupun cerita ni berasaskan novel, tapi aku lagi enjoy tengok movie dia. So, aku taknak spoil cerita dia (lagipun, memang tak la aku nak baca, malas!), aku nak tengok movie dia dengan penuh rasa thrill dan excitement! Trailer belum keluar lagi! :'( Cerita ni bakal ditayangkan pada 21 November nanti. Apak lama lagi.



3. X-Men : Days Of Future Past




Okayy, macam yang aku cakap tadi, aku memang peminat Marvel! Lagi-lagi, X-Men!! Dari kecik aku dibesarkan dengan tengok kartun X-Men! Walaupun masa kecik aku bukan paham mana pun, tau Magneto jahat, X-Men baik, tu je, tapi bila dah besar, tengok dorang dihidupkan dalam big screen, rasa kagum tahap super saiya ke-4! Semua X-Men filem aku tengok dan minat! Karekter feveret, Wolverine! (apak tipikal) Cerita ni sequel dari X-Men : The Last Stand (2006) dan X-Men : First Class (2011), dan diadaptasi dari komik X-Men #141 dan The Uncanny X-Men #142 (Januari - Februari 1981). Watak-watak dari X-Men : First Class akan berganding bahu dengan watak-watak X-Men : The Last Stand, sebab dorang macam time travel kot. Dengar cerita lepas ni dorang nak start filming sequelnya lagi yang bertajuk, X-Men : Apocalypse! Apak tak sabar!!! Klik sini untuk trailer yang awesome! Cerita ini akan ditayangkan pada 23 Mei nanti!



2. Transformers 4 : Age Of Extinction




Jeng jeng jeng! Transformers 4 bakal tiba!! Aku memang dibesarkan dengan tengok cerita kartun Transformers (apak banyak cerita aku tengok masa aku dibesarkan -.-') dan dikelilingi dengan menan-menan Transformers! Transformers (2007) memang terbaik dan sequelnya, Transformers : Revenge Of The Fallen (2009) pun boleh tahan gak la. Tapi Transformers : Dark Of The Moon (2011) is a total disaster! Michael Bay ruined everything! Dengan watak robot yang mengarut dan jalan cerita yang menunjukkan askar Amerika power nak mampus, urghhh!! Tension! Michael Bay terima banyak feedback negative dan aku harap dia belajar dari kesilapan. Kali ni dia dah ubah semua robot, more like upgrading them. And dia cerita pasal Dinobots! Robot Autobot yang berupa Dinosaur! Warrghhh tak sabar!! Klik sini untuk trailer paling awesome! Cerita ini akan ditayangkan pada 27 Jun nanti! Yeayyy!!



1. The Hobbit : There And Back Again




Tadaa! The first movie yang aku paling paling paling nak tengok tahun ni! The Hobbit!! Aku memang peminat setia The Lord Of The Rings Trilogy, dan bila dah habis, aku rasa hampa lak sebab takda sambungan ke apa ke. Aku sampai mengimpikan supaya aku boleh delete memori aku pasal cerita The Lord Of The Rings (LOTR) tu, pastu tengok balik banyak-banyak kali sampai lebam! Well, benda tu sekadar angan-angan je, mane ada alat yang boleh delete certain memori dalam kepala kita haha xD The Hobbit is the closest thing to LOTR, so, mesti kena tengok la. Lagipun dia macam prequel kepada LOTR en. Aku tak sabar nak tengok macam mane dorang kalahkan Smaug yang apak menggerunkan tu! Macam biasa, ada buku The Hobbit sebenarnya, tapi aku lagi enjoy tengok movie bla bla bla tak nak spoil xD Setakat ni takda trailer lagi :'( Cerita ini akan ditayangkan pada 17 Disember. Apak lama!! Wuarrghhhh!!! T_T



Well there you have it, my Top 10 Most Anticipated Movies of 2014! Tahun depan lagi best, ada macam-macam lagi filem sci-fi yang menarik tapi tu tahun depan punya cerita la. Apa-apa pun, harap korang enjoy and suka dengan review aku ni. Kalau tak best ke ape ke, mintak maaf. Sila berikan komen ya, jangan malu-malu.

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.

6 comments:

  1. Tak sabar jugak tunggu hobit!!,

    ReplyDelete
  2. wahhh !! semuanya best2 .
    hm happy gila bila abg buat belog sbb saya minat sangat dgn kak yuyu and nk tau life dia, and all bout her pada pandangan abg sendiri.
    and abg punya kesengalan pun ada ciri ciri nk mengalahkan kak yuyu! haha so tk boring baca.
    Keep it up ! and always update keh =)

    ReplyDelete
  3. suka bace blog yuyu. Wah husband yuyu p0n dah ikot jejak ye.. Jemput singgah blog ye.. Ena n suami p0n blogger.. :)

    ReplyDelete
  4. salam kenal..terjah dari blog pn yuyu..

    well, kami pon somi isteri blogger jugak..somi more to vlogger n me in write-up blogging..best tau klo dedua menjebakkan diri sesame..

    tapi x sepro ur wife laaa..hehehe..istri anda adalah retis blogger gituu,..blom pnh jumpe pn yuyu in person lg..:D

    thx,
    mrspuex

    ReplyDelete
  5. WOWW !! mekasih dekat abg Onejet sebab dah membuatkan saya susun jadual tuk masuk panggung :)

    ReplyDelete