Saturday, February 28, 2015

Life As A Father

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Bapak ar, rasa kekok lak menaip blog. Jenuh pulak tu, nak post blog ni je pun dah kali ke-23428729485 dodoikan anak aku tidur balik. * (bisik) ape? anak? Yeahman, anak!

Alhamdulillah, tepat jam 8:42pm, 10hb Oktober tahun 2014, anak aku, Habib Muhammad Bin Izwan Safuan, dilahirkan di Hospital Ampang. Tanpa membuang masa sebab jap lagi nak kena dodoi Habib balik, aku ringkaskan citer lahh, ye dakk kome?

Pagi, lebih kurang pukul 5:00 am, 10hb Oktober.


Kitorang pun make haste ke Gombak Medical Center (GMC). Luar-luar nampakla aku macam chuak, tapi dalam hati tu excited gila! * macam dapat pulut, guys. Pulut! Sesampai je GMC, kena tunggu doktor lak * lama gila -.- aku pun call la mama suruh datang. Pagi pukul 11:00 am tu mama sampai, mama pun kemain excited nampak gayanyaaa! * pulut hihi

Doktor sampai, and check bukaan, siap induce lagi. Tapi sampai pukul 4:00 pm pun, bukaan still 3cm nak ke 4cm. Doc kata kena czer ni, lagipun sebab baby dah berak kat dalam. Hmmm, kitorang pun mintak transfer ke Hospital Ampang untuk buat operation, naik la ambulance * best gak ar citer die naik ambulance

Sampai sana, doc sana check, and then terus masuk dewan bedah. Aku dengan mama tunggu la kat luar. Kitorang boleh lak relax-relax, bersembang-sembang lagi.


Gelabah sampai tercampak segala harta atas lantai xD Memang kelakar la, nurse sampai panggil dua tiga kali. Aku ngan mama pergi tengok, nurse suruh aku azankan. Tergamam aku tengok... Anak aku... Anak aku... Anak aku...

Dia diam je, tak menangis pun. Mata terbukak luas, duk tengok sana-sini... Ya Allah! Anak aku!

Terketar-ketar suara aku azankan dia, air mata dah berebut dah nak keluaq. Lepas azankan, nurse suruh sign few paper, then dia bawak anak aku pergi mandikan. Aku cakap ngan mama, nak pegi tandas jap, padahal nak pegi blakang, nangis seround dua.

Aku datang balik depan dewan bedah tu, aku nampak dorang bawak yuyu ke tempat pesakit. Aku lambai-lambai kat dia dari luar cermin dewan bedah tu, terharu rasanya * aku bagi la flying kiss dua keping

Yuyu kena spend the night kat hospital, aku pun balik la nak siapkan rumah untuk sambut anak aku esoknya.

That was the longest and most tiring day in my life. In a good way, though. In a good way.

Life kitorang selepas dapat Habib, turned out great. Not as expected, macam orang dok citer-citer kat kitorang yang menakutkan.

Expectation :


Reality :


Well, didn't mean to brag, but um, I'm kinda like, multi-tasking husband hahaha xD I took care of my wife masa pantang until now, and took care of my son too, * siap bagi mandi setiap pagi, tukar lampin, ajar meniarap ;) Kelebihan untuk orang keje sendiri macam aku ni, dapat spend more time dengan anak ngan bini.

Walaupun penat, tapi worth every second. Bersyukur aku keje sendiri and jaga anak aku sendiri. Tapi, penat die sampai tak larat nak jaga diri sendiri pulak, adoiyaii, rutin jogging dah tah ke mana dah. Makan minum pun tak tentu, tu yang badan naik tu.

Bila badan dah naik, mula la kawan-kawan lama * kebanyakkannya yang masih belum berkahwin yang terserempak kat mana-mana dok ngata hahaha beza tau ngan yuyu, kalau dia terserempak ngan kawan-kawan lama dia.


Geram gak lah, aku tau aku dah gemok, tapi takkan itu je yang korang mampu cakap kat aku setelah sekian lama tak jumpa. haiyaaa.

Apa-apa pun, my life isn't about just me anymore, it's about them. Tiap-tiap hari bangun, Habib dah siap angkat kepala sambil senyum. Precious moment that money can't buy, for everything else, there's Mastercard * tiba-tiba

Aku takkan lupakan the first day aku jumpa Habib.

I love you, my son.

Well, sampai sini je aku mampu tulis. First attempt aku untuk berblogging since ada Habib, so, kalau content tak memuaskan, sila lapor pada pihak berkuasa ya. And oh, first attempt gak untuk gambarkan situasi guna rage comic, yeahman! \m/

Next, aku akan try improvise ya!

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.

Wednesday, August 6, 2014

HOPE

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca aku yang muslim. Dan aku ingin ucapkan takziah juga kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa MH17, moga roh mereka bersemadi dengan aman.

Dalam entri aku kali ini, aku nak cerita pasal Unity despite religious and racial differences.

Dunia hari ini, ramai saudara seagama Islam dengan kita di seluruh dunia termasuklah Syria, Palestine, Afghanistan, dan banyak lagi, hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Even Raya baru-baru ini pun, dorang tak dapat nak sambut happy-happy macam kita kat Malaysia ni.

Okay, let's turn back time 3 months from now, aku nak cerita pasal apa yang aku nampak ketika aku bawa isteri aku ke Vendeur Festival di Shah Alam. Vendeur Festival ini macam festival membeli-belah la, famous abis sampai crowded Stadium Melawati Shah Alam tu. Hari kedua festival itu, aku datang dengan isteri aku.

Dah selesai beli barang-barang, kami pun duduk di luar entrance stadium itu. Nampak la sorang pakcik Arab ni tengah meminta derma tapi tak ada orang pun yang layan. Masa kami pandang dia, dia pun datang la dan minta derma kat kami. Dia pun cerita la dia datang dari Afghanistan, datang ke Malaysia untuk kutip fund nak buat sekolah kat sana. Dia siap tunjuk gambar-gambar sebagai bukti, cukup menyayat hati aku tengok. Budak-budak sekolah di sana belajar kat luar, I mean open air lahh. Asal ada atap sikit je untuk berteduh, yang lain semua dipenuhi tanah dengan batu-bata construction yang tak siap lagi.


Macam ini lah keadaan mereka belajar, memang sangat sedih aku tengok.


Aku dan isteri hulurkan sedikit, setakat mana yang kami mampu. Dia berterima kasih dan cukup bersyukur. Sedih bila memikirkan nasib dia, datang dari jauh dengan harapan untuk meminta bantuan dari saudara seislam di sini. Aku pun perhati je dia mengutip derma, approach semua pengunjung festival.

Lagi bertambah sedih, bila aku tengok ramai yang buat bodoh, menolak dia mentah-mentah. Ada yang siap bawak family, tengah dukung anak kecik, belum sempat pakcik tu nak nak approach dan explain, dia dah geleng-geleng kepala kata "No, no, no!" banyak kali. Itu ke yang nak dijadikan contoh kepada anak-anak? Melayu kita pulak tu.

Lepas tu pakcik tu approach la seorang mamat berbangsa india yang tengah duduk hisap rokok di tepi divider tu. Mamat tu memang nampak ganas la, dengan tattoo pe semua. Lepas pakcik tu dah explain, mamat tu teliti gambar-gambar pakcik tu, dia hulur RM20. Walaupun bukan seagama, tapi niat dia nak tolong manusia sesama manusia. Malu aku dengan melayu kita, datang bawak duit banyak untuk bershopping, RM1 pun tak hulurkan untuk bantu saudara seagama.

The point of the story is, despite of all different religions, different race, different beliefs, why don't we help them for the sake of humanity? Why should they be left with so little while we live so large? Samalah dengan apa yang terjadi sekarang di Gaza dan Palestine, all thats left of them is hope. We can be that hope, even as simple as posting a picture of you holding a paper that says "Free Gaza And Palestine". They need it, they need us.

Sekarang ramai pulak mempertikaikan dan memperlekehkan isu boikot. Ini pendapat aku la, setiap hari kita takkan lari dari menggunakan atau menyumbang kepada produk Israel sebab dorang memang dah mendominasi segalanya. At least kita ada usaha untuk meminimakan penggunaannya walaupun sikit. AT LEAST ADA USAHA. Bukannya jadi keyboard warrior and tell people its useless and helpless. Itu bukan usaha namanya, itu memusnah dan menghancurkan harapan.

I'm speaking for all religions and race, the fact that the Zionists having control over the world, is why we have to unite to save humanity. The only thing that we're capable of doing is to boycott them financially. Yes, they may have the resources for 50 years to come because they've already prepared for this, but it's our way to show them that humanity isn't lost and may still rise against them. It's to show them that this world is not theirs to conquer. This is war, and our most effective weapon in going to war with Israel's economy is boycott

Yes, every religion have their own ways and beliefs. Dalam Islam, boikot cara hidup Yahudi adalah lebih utama seperti yang diajar oleh Nabi S.A.W. Kembali je jalan Allah S.W.T., janganlah biarkan masjid pun jadi lengang macam McDonald's dan Starbucks, penuhikanlah masjid, tinggalkan segala larangan-Nya dan bersatulah umat Islam. Benda ni lah yang Yahudi paling tak nak dan paling takut, umat Islam semua bersatu ke jalan Allah S.W.T. Biarlah usaha kita sikit, tetapi tetap berusaha untuk pertingkatkan keimanan kita dan hidup mati dengan Islam. Memang betul, tidak dinafikan, cara ini lebih utama dan diberi ganjaran pahala yang lebih besar, tapi kadang-kadang ada orang jadikan ni alasan untuk mengatakan boikot produk tu sia-sia, walhal dorang sendiri pun tak praktikkan boikot cara hidup Yahudi. Kedua-duanya afdal, dan kita umat Islam seharusnya jalankan tanggungjawab kita. Tak kiralah banyak mana usaha kita, yang penting, ada usaha.

Tapi, boikot itu adalah atas pilihan masing-masing, bukan wajib pun. Takda orang paksa. Jangan pula kita mengherdik dan mencaci mereka yang tak memboikot dan yang bekerja dengan francais yang menyalurkan sumbangan kepada Israel pulak. Kita tak diajar untuk menyekat rezeki dorang. Kita tak boleh kacau bisnes francais tersebut. Janganlah sampai ludah kat muka pekerja Starbucks pulak, aduh. Dia cari rezeki halal,  ya Allah. Yang menjadi sasaran, bukan company tu, tapi Israel. Kita memboikot company tu sebab dia menyalurkan sumbangan pada Israel, pada masa yang sama, kita nak company tersebut hentikan kegiatan dorang tu dan join kita untuk sama-sama jatuhkan ekonomi Israel.



Biarlah orang kata usaha kita sia-sia, tapi Allah S.W.T. takkan soal kita tentang tu, Allah S.W.T. akan tanya, apakah yang sudah kita lakukan untuk agama Allah S.W.T.? Tak kira besar mana pertolongan kita.

Bila saudara kita di Gaza dan Palestine tau dan nampak gambar kita ramai-ramai berhimpun pegang sign "Free Gaza, Free Palestine", tak ke benda tu bagi dorang harapan untuk teruskan hidup. Dalam keadaan dorang macam tu, itu yang dorang paling perlukan, HARAPAN.

Even United Nations pun tak berkuasa nak tangani isu ni disebabkan United States protects Israel. Jadi, tak yah la nak duduk diam dan harapkan pemimpin-pemimpin semua bersatu jatuhkan Zionis. At least, usahakan sesuatu. Biarlah sekecil mana pun.

Tak kira apa atau banyak mana usaha kita, asalkan ada usaha. Tak kira bangsa dan agama. Dan aku harap, usaha aku untuk menyebarkan entri ni kepada pembaca-pembaca aku worth it. 

Sampai sini saja entri aku kali ini. Minta maaf kalau ada fakta-fakta yang tersalah atau menyakitkan hati. Aku tau aku bukannya alim, warak, berilmu, nak pandai-pandai cakap whats right. But I stand for what I think is right. And whats right is, to not make fun of others' pure efforts, to minimize any usage of Israeli products as possible, to stand united despite of different religions and race, to give HOPE to those who have none, to include our brothers and sisters in Gaza and Palestine in our prayers everyday.

Terima kasih.

Assalammualaikum.