Monday, March 31, 2014

Blogger Review : TKO Fat Burner Mega

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Hohoho minta maaf banyak-banyak dah lama tak update blog! Biasa ar, busy menjaga bini dan kandungan kesayangan cewahh! Kadang-kadang tu ada je masa tapi takde idea la plak kan.

Okay now, harini aku nak cerita pasal benda yang tengah trending sekarang! banyak benda trendy sekarang ni, termasuklah hairstyle sagat tepi dan belakang pakai pomade, budak kecik main Ipad, filem gangster Malaysia, Maharaja Lawak* (Skool Of Lawak, Karoot Komedia dan sebagainya), superbike dan macam-macam lagi. Tapi yang paling-paling-paling trending sekali adalah Gym! Wuuhuu!

*Fakta : The Voice tak akan diadakan kat Malaysia sebab takkan dapat sambutan, orang Malaysia suka tengok benda lawak je sekarang haha xD

Ni aku cerita bukan main-main tau, ni fakta sebenar ni, hampir 137% daripada kawan sekolah aku, kalau sekarang jumpa setelah sekian lama tak jumpa, semua badan ketak-ketak! Dah macam Incredible Hulk dah semua! Kena la mendongak kalau nak bercakap dengan dorang akibat aku ni kecil dan tak bermaya hahaha!


Ni lah kawan-kawan aku dari sekolah. Semuanya badan ketak-ketak en! Yang Fahmi (kedua dari kiri) tu dalam gambar je nampak kering, sebab die tak photogenic. Kalau depan-depan, tough gile wehh! xD
Aku masa zaman sekolah dulu yo yo o je nak main gym pe semua,tapi tak pernah consistent. So, sampai sekarang la aku tak pernah tough haha xD Masa nak main gym pun tak ada da sekarang, sebab dah ada komitmen dan tanggungjawab yang besar, kan. My wife and my future child! Because once I'm married and having a child, it's no longer about me. 

So, aku utamakan kepentingan mereka dulu dari aku. Aku tak boleh selfish buat benda untuk kepentingan aku sorang je sekarang. Asal ada masa je, aku luangkan dengan isteri aku, tolong dia kemaskan rumah, tolong belikan dia makanan, teman dia tengok movie dan berbual.

Tapi derr, buncit gak ar perut kalau tak bersenam kan! Ahahaha xD Itulah sebabnya aku kekalkan gaya hidup sihat dengan berjogging setiap hari sebelum pergi kerja! Wuuhuu! Bangun subuh, lepas selesai solat, aku pun bersiap-siap lah untuk pergi jogging. Aku masuk kerja pukul 9 pagi, so memang sempat la cerita dia nak jogging ulang-alik ke Seremban pun.

Sebelum jogging, aku akan sediakan dua benda. Satu, air susu suam untuk aku minum lepas balik dari jogging, dan satu lagi, air bancuhan TKO Fat Burner Mega untuk aku minum sebelum mula jogging! Haaaaa!


Bukannya aku nak kata aku ni gemok la, tapi berisi la orang kata. Jadi, untuk tambah pembakaran lemak time jogging, aku minum secawan air bancuhan TKO Fat Burner Mega. Aku berpeluh dua kali ganda daripada jogging biasa. Kalau tak jogging pun, aku duduk rumah pun aku minum benda ni, berpeluh walaupun duduk je! Fungsi benda ni takde la macam pil fat burner lain yang bagi extra strength, minum pun badan tak jadi panas. Jadi, sesuai la untuk sesiapa pun, lelaki mahupun wanita :-D

Kalau pil fat burner yang lain, mungkin ade side effect lain la macam effect kat ginjal ke en. Tapi TKO Fat Burner Mega ni dijamin selamat, dibuat dari ramuan semula jadi iaitu Acai Berry, Red Ginger, Brindall Berry, Green Tea, Capsicum, Guarana, White Kidney Bean dan Cinnamon. Rasa pun sedap, macam Ribena! Jadi, kalau anda semua nak cuba experience weight loss yang ketara effectnya, aku rekemenkan korang untuk cuba TKO Fat Burner Mega!

Sekarang ni, aku just maintain jogging setiap hari untuk kekalkan gaya hidup sihat supaya aku boleh sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk isteri dan bakal anak aku. Semua yang aku buat sekarang, aku buat untuk mereka. Tak ada dah nak enjoy-enjoy macam time muda-muda dulu haha.

Cukuplah setakat ni entri kali ni, aku banyak receive respond baik dari post-post yang sebelumnya dan rasa semangat nak update banyak-banyak lagi pasni. InsyaAllah, aku akan update sekerap mungkin ya.

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.

Monday, March 10, 2014

The Most Anticipated Movies of 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita beramai-ramai berdoa kepada penumpang dan anak-anak kapal flight MH370. Semoga usaha pencarian mereka berjalan dengan lancar. Doa dan ingatan juga bersama keluarga dan sahabat mereka.



Entri kali ni aku nak share dengan korang, movie-movie pada tahun ni yang aku rasa tak sabaq nak tengok! Kan aku dah habaq, aku memang kaki movie wehh heheh :-D Sama lah dengan isteri aku, kami sama-sama memang gilakan movie. Kalau pergi Mid Valley, wajib tengok wayang! xD

Bagi aku, tahun ni agak banyak cerita yang best-best akan kuar. Sebab aku minat cerita sci-fi dan action kan, so banyak lak cerita genre tu kuar tahun ni, memang terbaik la cerita dia! Tapi, masing-masing ada pandangan masing-masing, betul? Jadi, tak semestinya semua cerita yang aku suka, korang pun suka, kan. Aku cuma bagi pendapat aku je tau ^_^

Aku akan bagi Top 10 list movie yang dinanti-nantikan yeh? Kalau bagi Top 100 nanti lebam lak mata korang nak baca entri aku ni!




10. 22 Jump Street





Cerita ni sequel dari 21 Jump Street (2012) yang juga merupakan remake dari TV Series yang ditayang dari tahun 1987 hingga 1991. Cerita 21 Jump Street tu serious kelakar gila! Cerita pasal Morton Schmidt (Jonah Hill) yang selalu dibuli oleh Greg Jenko (Channing Tatum) sama-sama join MCPD (Metropolitain City Police Department) dan diassignkan dalam satu mission untuk menyamar sebagai pelajar sekolah menengah. Aku tak sabar nak tau ape kisah dorang kat dalam sequel dia ni! Klik sini untuk trailer. Cerita ini akan ditayangkan pada 13 Jun nanti.



9. Teenage Mutant Ninja Turtles




Siapa tak ingat cerita Ninja Turtles ni dari zaman kanak-kanak dulu. Masa aku kecik dulu, memang benda ni macam aku punya Upin-Ipin lah! Walaupun aku tak berapa ingat jalan cerita dia, tapi bila tengok siri kartun dia kat Nickelodeon, ada la teringat skit-skit. Tapi yang aku paling sure, dorang ni Mutant (dah nama pun 'Teenage Mutant')! Michael Bay plak pandai-pandai nak ubah cerita buat dorang sebenarnya Alien! Duhh! Dah la dia rosakkan Transformers! Arrghhh! The good news for all the boys, ada Megan Fox! Woot woot! Dia akan bawak watak April O'Neil! Setakat ni, dorang tak keluarkan trailer lagi. Cerita ini akan ditayangkan pada 8 Ogos nanti.



8. How To Train Your Dragon 2



Siapa tak ingat si Toothless yang comel kat dalam cerita ni, angkat tangan!! Tampar laju-laju kang! Haha cerita ni sequel dari cerita How To Train Your Dragon (2010). Cerita yang first tu memang tak tipikal dan buat kite tak sabar nak tau ape yang akan berlaku sebab cerita dia agak unpredictable. Tambah lak dengan si naga comel bernama Toothless tu, adoii, geram lak aku tengok! Sebijik macam kucing aku! Tak sabar nak tengok cerita ni. Klik sini untuk trailer. Bakal ditayangkan kat wayang pada 13 Jun nanti.



7. Captain America : The Winter Soldier




Well, Captain America kot! Nak cakap ape lagi?? Haha aku memang peminat Marvel dari kecik lagi. Rasa kagum gila tengok character komik yang aku minat dihidupkan dalam cerita ni. Cerita ni sequel dari Captain America : The First Avenger (2011) dan installment Marvel Cinematic Universe (MCU) yang ke-sembilan. Kat dalam cerita ni juga, Captain America (Chris Evans) akan digandingkan dengan Black Widow (Scarlett Johansson) *woot woot!~ untuk berlawan dengan musuh yang main nyorok-nyorok kat Washington D.C. Klik sini untuk tengok trailer. Cerita ini akan ditayangkan pada 4 April nanti. *psstt... spoiler alert. Winter Soldier (musuh utama) tu kawan lama Captain America, Bucky! xD



6. The Amazing Spider-Man 2




Cerita ni sequel dari The Amazing Spider-Man (2012). Jalan cerita dia lain la dari version Sam Raimi yang Tobey Maguire berlakon tu, tapi Spiderman yang ni lagi serupa dengan kartun asal dia. Kurus dan lean, dengan suka pot pet buat lawak time berlawan. Kali ni, sut dia pun design iras-iras yang kartun punya! Style wehh! Musuh dia kali ni ada 3 orang, Electro, Green Goblin dengan Rhino. Tapi yang main antagonistnya Electro la. Klik sini untuk trailer. Cerita ini akan ditayangkan pada 2 Mei nanti.




5. Godzilla




Godzilla ni pada asalnya filem Jepun. First appearance dia adalah pada tahun 1954. Dia macam Ultraman gak la, dok musnahkan bangunan mainan hahaha xD Rupa asal dia pun dah macam raksasa Ultraman. Design Godzilla pada filemnya pada tahun 1998 kurang menarik dan nampak ke-Amerika-annnya. Tapi kali ni, rupa bentuk Godzilla iras-iras yang asal, dan dikatakan lagi ganas! Masa press release Legendary Pictures, dorang cakap "An epic rebirth to Toho’s iconic Godzilla, this spectacular adventure pits the world’s most famous monster against malevolent creatures who, bolstered by humanity’s scientific arrogance, threaten our very existence." Tak sabar wehhh! Cepat klik sini untuk trailer!! Filem ini akan ditayangkan pada 16 Mei nanti.



4. The Hunger Games : Mockingjay, Part 1




Cerita ni adalah last chapter dari The Hunger Games Trilogy, dan ada dua part laa -.-' ni part pertama. Macam Harry Potter la plak. Masa tengok The Hunger Games yang first, rasa macam takut, berdebar, dan macam-macam lagi, tapi tak rasa thrill lagi. Masuk yang kedua punya, Catching Fire, uisshhh rasa macam bengang lak dengan President Snow! Rasa macam aku lak nak memberontak haha xD So, rasa tak sabar nak tengok apa yang jadi kat Mockingjay. Walaupun cerita ni berasaskan novel, tapi aku lagi enjoy tengok movie dia. So, aku taknak spoil cerita dia (lagipun, memang tak la aku nak baca, malas!), aku nak tengok movie dia dengan penuh rasa thrill dan excitement! Trailer belum keluar lagi! :'( Cerita ni bakal ditayangkan pada 21 November nanti. Apak lama lagi.



3. X-Men : Days Of Future Past




Okayy, macam yang aku cakap tadi, aku memang peminat Marvel! Lagi-lagi, X-Men!! Dari kecik aku dibesarkan dengan tengok kartun X-Men! Walaupun masa kecik aku bukan paham mana pun, tau Magneto jahat, X-Men baik, tu je, tapi bila dah besar, tengok dorang dihidupkan dalam big screen, rasa kagum tahap super saiya ke-4! Semua X-Men filem aku tengok dan minat! Karekter feveret, Wolverine! (apak tipikal) Cerita ni sequel dari X-Men : The Last Stand (2006) dan X-Men : First Class (2011), dan diadaptasi dari komik X-Men #141 dan The Uncanny X-Men #142 (Januari - Februari 1981). Watak-watak dari X-Men : First Class akan berganding bahu dengan watak-watak X-Men : The Last Stand, sebab dorang macam time travel kot. Dengar cerita lepas ni dorang nak start filming sequelnya lagi yang bertajuk, X-Men : Apocalypse! Apak tak sabar!!! Klik sini untuk trailer yang awesome! Cerita ini akan ditayangkan pada 23 Mei nanti!



2. Transformers 4 : Age Of Extinction




Jeng jeng jeng! Transformers 4 bakal tiba!! Aku memang dibesarkan dengan tengok cerita kartun Transformers (apak banyak cerita aku tengok masa aku dibesarkan -.-') dan dikelilingi dengan menan-menan Transformers! Transformers (2007) memang terbaik dan sequelnya, Transformers : Revenge Of The Fallen (2009) pun boleh tahan gak la. Tapi Transformers : Dark Of The Moon (2011) is a total disaster! Michael Bay ruined everything! Dengan watak robot yang mengarut dan jalan cerita yang menunjukkan askar Amerika power nak mampus, urghhh!! Tension! Michael Bay terima banyak feedback negative dan aku harap dia belajar dari kesilapan. Kali ni dia dah ubah semua robot, more like upgrading them. And dia cerita pasal Dinobots! Robot Autobot yang berupa Dinosaur! Warrghhh tak sabar!! Klik sini untuk trailer paling awesome! Cerita ini akan ditayangkan pada 27 Jun nanti! Yeayyy!!



1. The Hobbit : There And Back Again




Tadaa! The first movie yang aku paling paling paling nak tengok tahun ni! The Hobbit!! Aku memang peminat setia The Lord Of The Rings Trilogy, dan bila dah habis, aku rasa hampa lak sebab takda sambungan ke apa ke. Aku sampai mengimpikan supaya aku boleh delete memori aku pasal cerita The Lord Of The Rings (LOTR) tu, pastu tengok balik banyak-banyak kali sampai lebam! Well, benda tu sekadar angan-angan je, mane ada alat yang boleh delete certain memori dalam kepala kita haha xD The Hobbit is the closest thing to LOTR, so, mesti kena tengok la. Lagipun dia macam prequel kepada LOTR en. Aku tak sabar nak tengok macam mane dorang kalahkan Smaug yang apak menggerunkan tu! Macam biasa, ada buku The Hobbit sebenarnya, tapi aku lagi enjoy tengok movie bla bla bla tak nak spoil xD Setakat ni takda trailer lagi :'( Cerita ini akan ditayangkan pada 17 Disember. Apak lama!! Wuarrghhhh!!! T_T



Well there you have it, my Top 10 Most Anticipated Movies of 2014! Tahun depan lagi best, ada macam-macam lagi filem sci-fi yang menarik tapi tu tahun depan punya cerita la. Apa-apa pun, harap korang enjoy and suka dengan review aku ni. Kalau tak best ke ape ke, mintak maaf. Sila berikan komen ya, jangan malu-malu.

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.

Tuesday, March 4, 2014

How I Met Your Mother In Real Life

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Memandangkan banyak feedback positive, aku rasa cambest lak nak update blog selalu. hahaha.
Banyak benda aku nak share, rasa macam tak cukup satu entri kan. Ok lah, so dalam entri ni aku nak citer pasal persamaan hidupku dengan cerita How I Met Your Mother.

Korang mesti tengok punya How I Met Your Mother, kan? Cerita pasal Ted Mosby menceritakan kat anak-anak dia kisah macam mane dia ngan berjumpa dengan mak mereka. Cerita sitcom macam Friends pe semua tu la. Tapi yang bestnya, cerita ni life lesson dia memang real. Setiap episod mesti ade pengajaran hidup yang kite boleh relate dengan kehidupan seharian kite.

Well, macam mane aku relate hidup aku dengan cerita ni? Aku anggap diri aku macam Ted Mosby.




Aku selalu rasa diri aku macam Ted Mosby. Selalu mengejar cinta dan kena reject. Dulu aku pernah tergila-gilakan kat sorang perempuan ni, sampai aku jadi gila. Macam-macam benda bodoh aku buat, macam la si Ted gak. Tapi time tu masih muda, masih mentah, cinta tak diterima rasa macam the end of the world. Urghhh apak poyo!!

Aku pun ade sorang kawan yang besar dan tinggi, macam lah jugak Marshall Eriksen kat dalam cerita HIMYM (How I Met Your Mother), cuma dia takda Lily lah haha xD Nama dia Masrour, and he's one of my bestest friend ever. Kitorang pun bongok-bongok macam Ted dengan Marshall. Selalu dalam dunia kitorang je. Kalau datang sleepover kat rumah dia, memang tak tertidur lah kitorang sebab pillowtalk sampai lebam! (okay, laki pun ade pillowtalk)




Misi hidup aku dulu sama lah macam Ted, mencari teman hidup sejati. Cuma bezanya, aku mengejar sorang ni je dan tak pernah dapat-dapat. Aku kecewa sangat-sangat dan rasa macam nak move on. That's when I met Yuyu Zulaikha. Time awal-awal kitorang kenal, aku banyak sakitkan hati Yuyu, sebab aku still tak dapat lupakan si dia yang aku dok tergila-gilakan tu. Sampai pernah lost contact dengan yuyu dekat nak 2 tahun gak lah.

Lepas dah lama lost contact dengan Yuyu, aku dah muak asyik dok terkejar-kejar si dia macam orang gila je, aku pun contact Yuyu balik. Ajak jumpa dan buka puasa sama-sama. Aku ikhlas nak berjumpa dengan Yuyu dan aku betul-betul dah sedar yang selama ni aku sangat buta dok kejar benda yang tak ada. Masa berjumpa untuk buka puasa tu, my heart stopped, aku tergamam tengok Yuyu. Sangat comel, sangat baik hati, sangat lemah lembut. Aku jatuh cinta.

Pada saat tu, aku tau, aku kena berusaha untuk jadi a better man buat Yuyu. Jadi, aku nekad untuk menjadikan Yuyu Zulaikha isteri aku yang sah. Aku perlahan-lahan berubah dari remaja ke dewasa. Ramai yang kata, "kenapa kau berubah,jet? why not be yourself?". Aku tak jawab, sebab aku sorang je yang tau, I am myself, only better. Yuyu Zulaikha brings out the best in me.

Sekarang baru aku perasan. Aku bukan Ted Mosby. Aku lah Marshall Eriksen. dan Yuyu adalah Lily Aldrin aku. Kami berdua ada banyak persamaan dengan pasangan Marshall dan Lily. Mereka sangat sweet dan masing-masing perangai macam bongok skit. Marshall besar dan tinggi dari Lily, tapi die lembut sangat dengan isteri die, dan sangat penyayang. Lily plak kecik comel je, tapi sangat tegas dan garang! Well, persamaan ni aku nampak selepas aku kahwin dengan Yuyu. :')



Aku harap, aku akan menyayangi isteri aku seperti Marshall menyayangi Lily. In fact, aku akan menyayangi isteriku sebanyak mana seorang manusia mampu menyayangi pasangannya. Walaupun macam merepek nak samakan dengan watak-watak dalam cerita, tapi aku rasa kadang-kadang, watak dalam cerita lagi bagi banyak inspirasi kepada aku. Kan aku dah cakap, aku gila TV skit!

Sekarang aku dah lama tak follow cerita HIMYM sebab pakai internet pakai broadband je, kat area rumah takde landline untuk pasang streamyx isk isk isk :'( Ape cite tah dengan wedding Barney...

Sampai di sini je aku mampu share hari ini. Terima kasih kepada pembaca sekalian, kalau tak best ke ape ke, jangan segan-segan komen. 

Until then, sayonara!

Assalammualaikum. 





Saturday, March 1, 2014

Preparing For Fatherhood

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau korang baca title, mesti korang pikir "Apak awal gile nak preparenya pun!" Ahahaha xD Well, it's never too early to start eh?

Terlebih dahulu, kepada sesiapa yang belum tahu atau sengaja buat tak tau, isteri aku, Yuyu Zulaikha, dah 7 minggu pregnant, alhamdulillah! Kalau aku imbas balik pada 2 tahun yang lalu, aku yang time tu memang takkan bersedia atau expect yang lagi 2 tahun aku akan jadi seorang ayah. Tetapi sekarang, insyaAllah aku bersedia...

Seminggu selepas kitorang berkahwin, dah habis kenduri bersanding di Perak pada 22hb Disember, Yuyu dah start rasa demam dan cepat letih. Pada mulanya, aku ngan Yuyu rasa macam mungkin sebab penat kot ngan kenduri pe semua tu. Dah la habis kenduri tu, kitorang merantau ke Cameron Highland dan Johor sebab nak melawat saudara-mara selama seminggu!

Time kat Cameron Highland. Tu ha Yuyu tengah cover sakit wekkk!

Lepas balik dari perjalanan panjang kitorang tu, kitorang balik ke rumah mama aku kat Sungai Buloh. Lepas tu, hah, kitorang ape lagi, tidor terbungkang la hahaha xD Ingatkan dengan cukup rehat tu, Yuyu bleh la recover dari sakit-sakit die tu. Tapi melarat lak, makin teruk. Aku pun suspect yang die ni pregnant la! Punyalah happy macam dapat pulut, belum ape-ape lagi dah citer kat mama ngan adik-beradik! Happynya!! :')

Pasrah. Rupanya false alarm... Bile buat pregnancy test, turns out negative. Kitorang rasa hampa sangat-sangat. Bile jumpe doktor pun, die explain la yang Yuyu sakit-sakit tu sebab lama sangat penat dan tak cukup rehat. Takda rezeki. :'(

14hb Februari, pagi kat rumah mama. Yuyu bangun-bangun je, takda selera nak breakfast. Pedih ulu hati katanya. Aku pun google la remedy untuk pedih ulu hati ni. Banyak lak yang tulis pasal pedih ulu hati ketika hamil. Aku pun bagitau Yuyu yang aku rasa die maybe pregnant, die tak caya. Sebab taknak beri harapan katanya. Takpe la, aku pun bawak la die g beli pregnancy test untuk nak confirmkan tekaan aku tu. Lepas tu balik, aku pun mandi la siap-siap nak g solat Jumaat. Tiba-tiba aku dengar Yuyu menjerit kuat gile. Rupa-rupanya test tadi tu POSITIVE!!!

Dalam waktu tu, my manly tears pun meleleh je. Alhamdulillah! I'm gonna be a dad!! Tak caya punya pasal, lepas solat Jumaat, pergi lagi kedai beli lagi 2 pregnancy test. Kaya kedai tu. Dengar cerita terus tutup seminggu. xD

Dua-dua test tu pun positive! Wahhh!!
Rupanya dah 5 minggu lebih dah pregnant time kitorang test ni!

Kitorang punyalah excited, terus la nak pergi beli barang baby pe semua. Tapi mama tak bagi, katanya orang tua-tua kata tak elok beli awal-awal. Wekk :'( Kitorang pun pergilah buat check-up kat hospital. Pergi ke Gombak Medical Center la, Pusrawi la, KPJ la. Sebab nak cari yang terbaik untuk Jet Junior ni hehe (okay dah bagi nama timangan, Jet Junior) xD


Gambar ultrasound waktu kat Pusrawi. Kecik je Jet Junior alahai xD

Aku tak sabar nak tau die laki ke perempuan, kembar ke. Tapi apa-apa pun, aku bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan pada aku dan juga isteri aku, tak kira la jantinanya laki atau perempuan. Aku mohon kepada para pembaca sekalian doakan kami dan kandungan ya!

Dan juga kepada isteriku yang tercinta, you know I will always be there for you, baby. I love you. ♥


Terima kasih kepada pembaca sekalian, kalau tak best ke ape ke, jangan segan-segan komen. InsyaAllah, kalau dapat feedback positive, aku akan update blog sekerap mungkin. Wuuhuu!

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.