Tuesday, March 4, 2014

How I Met Your Mother In Real Life

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Memandangkan banyak feedback positive, aku rasa cambest lak nak update blog selalu. hahaha.
Banyak benda aku nak share, rasa macam tak cukup satu entri kan. Ok lah, so dalam entri ni aku nak citer pasal persamaan hidupku dengan cerita How I Met Your Mother.

Korang mesti tengok punya How I Met Your Mother, kan? Cerita pasal Ted Mosby menceritakan kat anak-anak dia kisah macam mane dia ngan berjumpa dengan mak mereka. Cerita sitcom macam Friends pe semua tu la. Tapi yang bestnya, cerita ni life lesson dia memang real. Setiap episod mesti ade pengajaran hidup yang kite boleh relate dengan kehidupan seharian kite.

Well, macam mane aku relate hidup aku dengan cerita ni? Aku anggap diri aku macam Ted Mosby.




Aku selalu rasa diri aku macam Ted Mosby. Selalu mengejar cinta dan kena reject. Dulu aku pernah tergila-gilakan kat sorang perempuan ni, sampai aku jadi gila. Macam-macam benda bodoh aku buat, macam la si Ted gak. Tapi time tu masih muda, masih mentah, cinta tak diterima rasa macam the end of the world. Urghhh apak poyo!!

Aku pun ade sorang kawan yang besar dan tinggi, macam lah jugak Marshall Eriksen kat dalam cerita HIMYM (How I Met Your Mother), cuma dia takda Lily lah haha xD Nama dia Masrour, and he's one of my bestest friend ever. Kitorang pun bongok-bongok macam Ted dengan Marshall. Selalu dalam dunia kitorang je. Kalau datang sleepover kat rumah dia, memang tak tertidur lah kitorang sebab pillowtalk sampai lebam! (okay, laki pun ade pillowtalk)




Misi hidup aku dulu sama lah macam Ted, mencari teman hidup sejati. Cuma bezanya, aku mengejar sorang ni je dan tak pernah dapat-dapat. Aku kecewa sangat-sangat dan rasa macam nak move on. That's when I met Yuyu Zulaikha. Time awal-awal kitorang kenal, aku banyak sakitkan hati Yuyu, sebab aku still tak dapat lupakan si dia yang aku dok tergila-gilakan tu. Sampai pernah lost contact dengan yuyu dekat nak 2 tahun gak lah.

Lepas dah lama lost contact dengan Yuyu, aku dah muak asyik dok terkejar-kejar si dia macam orang gila je, aku pun contact Yuyu balik. Ajak jumpa dan buka puasa sama-sama. Aku ikhlas nak berjumpa dengan Yuyu dan aku betul-betul dah sedar yang selama ni aku sangat buta dok kejar benda yang tak ada. Masa berjumpa untuk buka puasa tu, my heart stopped, aku tergamam tengok Yuyu. Sangat comel, sangat baik hati, sangat lemah lembut. Aku jatuh cinta.

Pada saat tu, aku tau, aku kena berusaha untuk jadi a better man buat Yuyu. Jadi, aku nekad untuk menjadikan Yuyu Zulaikha isteri aku yang sah. Aku perlahan-lahan berubah dari remaja ke dewasa. Ramai yang kata, "kenapa kau berubah,jet? why not be yourself?". Aku tak jawab, sebab aku sorang je yang tau, I am myself, only better. Yuyu Zulaikha brings out the best in me.

Sekarang baru aku perasan. Aku bukan Ted Mosby. Aku lah Marshall Eriksen. dan Yuyu adalah Lily Aldrin aku. Kami berdua ada banyak persamaan dengan pasangan Marshall dan Lily. Mereka sangat sweet dan masing-masing perangai macam bongok skit. Marshall besar dan tinggi dari Lily, tapi die lembut sangat dengan isteri die, dan sangat penyayang. Lily plak kecik comel je, tapi sangat tegas dan garang! Well, persamaan ni aku nampak selepas aku kahwin dengan Yuyu. :')



Aku harap, aku akan menyayangi isteri aku seperti Marshall menyayangi Lily. In fact, aku akan menyayangi isteriku sebanyak mana seorang manusia mampu menyayangi pasangannya. Walaupun macam merepek nak samakan dengan watak-watak dalam cerita, tapi aku rasa kadang-kadang, watak dalam cerita lagi bagi banyak inspirasi kepada aku. Kan aku dah cakap, aku gila TV skit!

Sekarang aku dah lama tak follow cerita HIMYM sebab pakai internet pakai broadband je, kat area rumah takde landline untuk pasang streamyx isk isk isk :'( Ape cite tah dengan wedding Barney...

Sampai di sini je aku mampu share hari ini. Terima kasih kepada pembaca sekalian, kalau tak best ke ape ke, jangan segan-segan komen. 

Until then, sayonara!

Assalammualaikum. 





26 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih,cik azney! ;)

      Tak sweet pun, biasa-biasa je ^_^

      Delete
  2. Barney jd kawin ke dgn Robin? lama dh x follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kat season 9 ni starting mmg kat wedding Barney ngn Robin. Tp last aku follow sampai Robin gaduh ngn mak Barney je. Best best! Follow ar blk! ;-)

      Delete
  3. alaa. kenapa sweet sangat. nangis kang :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, jgn nangis! Hehehe this is all for you, baby! <3

      Delete
  4. Assalamualaikum.. bila seorang suami update blog. ayat dia best.. hehe terharu baca okey! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Ehehee terima kasih byk2! Harap anda enjoy bace dan follow utk entri2 yg sterusnya ;)

      Delete
  5. sweet tengok suami update blog pasal isterinya.. so sweet .. doakan korang berdua bahagia hingga akhir hayat bersama anak-anak yang comel dan soleh dan solehah.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe terima kasih ya! Amin! Saya doakan anda supaya sukses dan sihat sentiasa! ;)

      Delete
  6. Haaaaa...ni yg nak suh suami bt blog juga ni...hahahah...suwit je tau korang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa suruh je! Baru suwit gitu hehe! Terima kasih byk2 tau! ;)

      Delete
  7. Touch. :') Eh, ni rasa macam nak kahwin cepat-cepat ni. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Meh nk cite. Lily pregnant lagiiii!! Dan dapat baby girl. Dia bg nama Daisy pastu TEd dh kenal dgn The Mother sweeett gilaaaa HIMYM!

    ReplyDelete
  9. robin dah kawen ngn barney pn..ted da jmpe mother tu..lily pregnant 2nd baby..hepy ending ;D

    ReplyDelete
  10. Best and sweet. Memang penat kejar-kejar orang. :)

    ReplyDelete
  11. wahhhhhhhhhh...nak meleleh lak air mata kita yang baca ni,heee

    ReplyDelete
  12. salamm hai , boleh provide kan nama jalan ? i kerja di astro iptv , boleh tolong check kan .
    Sbb my house kat andarai townvilla , tak jauh dari your area , and sana ada fiber .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Yes please, boleh tolong checkkan tak ya! Nama jalan ni, Jalan OS 1, Taman One Sierra, 68100, Batu Caves. ;)

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete