Thursday, April 24, 2014

Trip To Johor

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Ahahaha korang mesti menunggu entri baru dari aku kan?? *perasan, padahal takda orang tunggu pun hahaha sedih :'( Well, sekarang dah makin sibuk, kandungan dalam isteri aku pun makin membesar, siap ngan womb service lagi (womb service ni macam room service la, orang bilik main order makanan je, tapi bezanya, ni dalam womb). Dalam penat-penat ni, aku nak gak update blog! Tak kira! Ahahaha xD

Dalam 2 minggu lepas, aku dengan isteriku, Yuyu Zulaikha, buat trip pergi ke Johor wuuhuu! Main reasonnya adalah sebab aku ada gig dengan Ballad For Layla kat Johor Bahru, yeahhh! Dan alang-alang dah kat Johor, kitorang pun ziarah *Mbah (*nenek dalam bahasa Jawa) di Parit Saidi, Ayer Itam. Jumaat lepas aku habis kerja, terus bergerak ke Johor. Destinasi pertama, rumah Mbah di Parit Saidi, Ayer Itam! Tapi sebab Yuyu lapar, singgah la Mid Valley makan-makan dulu... =.='

Malam tu, pukul 2 pagi gak la sampai rumah Mbah. Kesian Mbah penat tunggu kitorang sampai. Tertidur dia dalam bilik. Pastu terpaksa kejut dia untuk bukakan pintu... Gomennasai, Mbah-chan! >_< Mbah ni memang hobi dia bagi orang makan, so, masa kitorang sampai pukul 2 pagi tu, boleh lagi ajak makan! Ahaha kitorang terpaksa menolak pelawaan Mbah dan straight pergi tidur je! Gomennasai again, Mbah-chan! T_T

Esoknya aku bangun apak lambat! Biasa ar,penat en. Dah mandi-mandi, aku pun siap-siap lah nak ke JB untuk perform dengan Ballad For Layla! Rawrrr! Hehehe konon-konon ganas. Macam biasa, Mbah jamu aku breakfast yang agak padu ar, sebab Mbah tak tahu aku suka apa untuk breakfast, jadi dia buat lah semua breakfast. Ada kuih muih, ada nasik goreng, ada bihun goreng, ada nasik lemak, semua jenis breakfast la ada xD Aku pun melahap la pagi-pagi tu! Bandmates aku yang lain dah sampai sehari awal, dorang duduk hotel yang disponsor oleh organizer, syok eh korang!

Ni gambar hari Jumaat masa dorang otw ke JB
Dari kiri : Fei, Shaf, Kimi dan Peakay

Aku baru nak gerak, dorang dah sampai venue dah! Apak awal! Aku pun rushing la ke sana secepat mungkin sebab slot kami pukul 2:30 pm. Dah kiss goodbye Yuyu, salam-salam saudara-mara, terus NeedForSpeed!

Sementara tunggu aku sampai, bandmates aku decide untuk jadi anti-social jap

Pukul 1:30 pm aku sampai, hangout dengan dorang sekejap, and ready to hit the paddle to the metal! Suasana gig sini memang best lah, crowd semua memang supportive and memang caya lah! Kitorang perform 5 lagu, semua lagu dorang layan and singalong! Way to go, JB! Dah la aku dah lama tak perform, dapat plak gig yang crowd menggila macam ni, aku pun naik gila and screamed my lungs out la!

Macam ni lah keadaan gig di JB! Sangat crowded dan penuh dengan crowds yang ohsem! \m/

Dah selesai perform, aku pun lepak-lepak jap dengan bandmates aku. Dah lama tak jumpa dorang kan, so ada banyak benda nak catchup. Dorang siap boleh main pingpong lagi hahaha aku pulak lepak dengan Kimi dan kawan lama aku, Hakim.


Dah lama berlepaking, aku pun balik ke Parit Saidi dan sampai sana dalam pukul 9 malam. Sampai-sampai je, aku terus tukar baju dan pergi rumah jiran sebab ada kenduri doa selamat. Abang dah habis metal tadi menjerit-jerit, pastu pergi kenduri doa selamat heheh xD Lepas habis semua tu, balik and tidur! Wuuuu!

Esoknya Ahad, hari terakhir kami di rumah Mbah, so kitorang bawak Mbah pergi jalan-jalan beli barang kat supermarket pe semua. Lepas tu ke rumah Wak Pani (anak kepada Mbah, bapa saudara Yuyu). Mbah memang jarang keluar rumah sebab tak mampu, tapi kali ni dia nak gak keluar dengan kitorang wuuhuu!

Mbah dengan cucunya bershopping bukan main lagi!

Habis je shopping, kitorang bawak Mbah ke rumah Wak Pani kat Parit Raja. Wak Pani dengan isteri dia happy macam dapat pulut tengok Mbah datang rumah dorang. Sebab Mbah memang jarang datang. Dia tak suka keluar rumah kan.

Selesai lepak-lepak rumah Wak Pani, aku dan Yuyu pergi ke tempat yang kitorang wajib pergi untuk dating, Sungai Lurus! Kat situ tepi pantai, ada restoran nelayan, dorang jual kerang goreng, favorite kitorang! Wuuhuu! ^_^

Settle berdating, kitorang pun balik rumah Mbah untuk bersiap-siap balik... :'( Sedihnya nak tinggalkan Mbah... Mbah dah sangat-sangat tua dan tinggal sorang-sorang kat rumah. Dia taknak duduk dengan anak-anak dia sebab dia sayang nak tinggalkan rumah.

Sebelum kami balik pun, Mbah jamu kitorang dengan dinner yang ohsemm! Mbah memang suka masak and bagi orang makan banyak-banyak. Siap bungkuskan untuk kitorang bawak balik hahaha xD Dah pukul 8:30 pm, aku pun panaskan enjin kereta untuk bergerak balik. Sedih tengok Mbah. Harap sangat dapat balik lagi jumpa Mbah banyak-banyak kali.

Isteriku dan Mbah

Inilah rumah Mbah. Tempat di mana arwah ayah Yuyu membesar. Aku akan pastikan aku akan bawa isteriku balik ke sini sekerap mungkin untuk berjumpa dengan Mbah yang tersayang

Selepas bertolak balik dari rumah Mbah dalam pukul 8:30 pm, kami tiba di rumah kediaman kami di Selayang pada pukul 2 am. Penat sangat-sangat! Sampai-sampai je terus tidur terbungkang, esok kerja! Ahahaha nice! Well, the journey had come to an end. Dari menjerit-jerit atas stage sampai la ke ziarah saudara-mara, akhirnya aku dah sampai rumah and ready untuk teruskan kehidupan macam biasa.

Well, setakat sini sajalah entri aku kali ini. Mohon maaf sangat-sangat lama tak update! Gomennasai, pembaca-chan! xD Apa-apapun, harap korang enjoy membaca, dan sekiranya ada apa-apa nak komen, jangan malu-malu.

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.


4 comments:

  1. Yuyu nmpk pucat... Knp? Pnt sgt ke tu?

    ReplyDelete
  2. mlm 1 Mei semlm, cm nampak awak je kt Tesco Manjalara, tk nampak yuyu tp awak dgn kwn lelaki...

    ReplyDelete
  3. hey its shaf,peakay and kimi :) ! kecik nya dunia. kirim salam kat si comel yuyu ya :)

    ReplyDelete
  4. duk selayang dimana?sy pun selayang gak kt selayang baru.hehehehe

    ReplyDelete